Friday, July 19, 2013

Tips dan Amalan untuk mendapatkan Anak





Tentu ramai Pasangan di luar sana runsing tentang untuk mendapatkan zuriat..
Ya...kita hanya merancang, ALLAH yang Maha Menentukan..
maka berusahalah kearah itu...

Allah SWT berfirman

Maksudnya:"Sesungguhnya orang yang mengatakan keyakinannya:"Tuhan kami ialah Allah", Kemudian mereka tetap meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka (dengan berkata):'Janganlah kamu merasa takut dan janganlah pula kamu merasa sedih;dan bergembiralah kamu dengan (memperoleh) syurga yang telah dijanjikan allah kepada kamu."

disini saya ingin berkongsi tips dan amalan untuk mendapatkan anak:

1. Untuk isteri, berpuasa selama 7 hari. untuk suami berpuasa cukup 3 hari terakhir. sementara itu, suami hendaklah mula brpuasa pada hari khamis.

2. Selama berpuasa, sediakan 2 gelas air setiap kali akan berbuka puasa. lalu bacakan 'asma Allah:



YAA MUSAWWIRU

"Wahai Zat Yang Maha Pembentuk."

dibaca sebanyak 21 kali. Kemudian berdoa memohon anak kepada Allah, lalu minumlah air tersebut.

3. Pada waktu malam, selepas solat Isyak, sediakan segelas air, bacakan 'asma Allah: 


YAA ALLAH YAA RAHMAN, YAA ALLAH YAA RAHIIM.
"Wahai Allah, wahai Zat Yang Maha Pengasih, wahai Allah, wahai Zat Yang Maha Penyayang."

ini dibaca sebanyak-banyaknya.

4. Embunkan air dalam gelas tersebut semalaman. Semasa bersahur, berdoa memohon kepada Allah agar diberikan keturunan, lalu minumlah air dalam gelas tersebut.

Apa-apa pun bertawakalah kepada Allah..


Sesungguhnya ALLAH SWT sengaja menguji kita dengan melambatkan sesuatu yang kita dambakan.
Sebenarnya ALLAH SWT telah mengatur sesuatu yang lebih baik untuk kita yang sedang menanti.

@ Menantilah dengan penuh kesabaran.
@ Menantilah dengan penuh keimanan.
 Karena Insya Allah Akhir dari penantian itu adalah kebahagiaan. Jangan pernah berhenti berdo’a dan meminta.


Karena ALLAH SWT Maha Memberi. Tetaplah menanti dengan sabar atas jawaban-NYA.
Karena janji ALLAH itu benar dan nyata.


Thursday, July 4, 2013

Hamilkah Saya..(Doa mudah hamil dan Tanda-Tanda kehamilan)







Berkahwin dalam tempoh yang lama tanpa cahaya mata amat menyesakkan jiwa...
Bertalu-talu soalan yang hinggap di telinga...Bila..Bila..dan Bila...?...
Berusaha berbagai-bagai cara untuk diAnugerahkan Hadiah dari ALLAH yang tidak terhingga itu...
Berdoa dan terus berdoa....                      


Doa dan Amalan Segera diAnugerahkan Anak (Doa NAbi Ibrahim A.S) 

بسم الله الرحمن الرحيم


رَبِّ هَبْ لِي مِنَ الصَّالِحِينَ


RABBI HABLII MINASSALIHIN

Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang soleh (Surah ash-Shaffat:100)




Sabar dan terus besabar untuk suatu penantian
Sabar itu ganjarannya Syurga...

"Dengan keyakinan itu penderitaan yang sedikit dan sementara di dunia mampu dihadapi kerana mengharapkan kenikmatan yang lebih baik dan berkekalan di syurga".
Sesungguhnya....
v
v
v

Sabar itu Indah

Sabda Rasullulah s.a.w yang bermaksud:"Dan solat itu laksana sinar rembulan, sedekah itu bukti keimanan,sedangkan sabar itu laksana sinar matahari."

Dan Apabila janji Allah itu sampai..
bersyukur tidak terhingga..kalimah suci ALLAH di agung-agungkan...
syukur Ya ALLAH atas Nikmat Mu ini...

Tapi tahukah kita apakah kita sedang hamil.......??
mari kita rungkai kekusutan ini......

Kita mungkin sedang Hamil jika sedang mengalami tanda-tanda ini. ...

1. Rasa lapar yang berpanjangan
Juga terjadi pada orang yang tidak hamil tetapi lebih kerap terjadi pada awal kehamilan. Jangan bergantung sepenuhnya kepada tanda ini tetapi sekiranya ia berlaku disamping tanda-tanda kehamilan yang lain, bersiap-sedialah untuk membilang hari anda

2. Perubahan pada warna di sekliling payudara
Sekiranya kulit di sekitar puting anda menjadi kehitaman, kemungkinan anda sudah pun beberapa minggu mengandung. Walaubagaimanpun, ia juga terjadi disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon tidak berkaitan dengan kehamilan atau disebabkan kandungan yang terdahulu

3. Kerap membuang air kecil
Sekiranya janin sudah mula terbentuk dan rahim yang semakin membesar mula menekan pundi kencing anda, anda akan mersa kerap untuk buang air

4. Merasa tidak bermaya
Rasa seperti tiada tenaga sepanjang masa? Hormon yang dikeluarkan di masa awal kehamilan boleh membuatkan anda berasa letih dengan cepat. Rasa letih dan tidak bermaya adalah sesuatu yang kerap terjadi di awal kehamilan

5. Sakit dan tegang pada buah dada
Sekiranya anda mengandung, buah dada anda akan menjadi semakin sakit pada sentuhan, agak serupa dengan ketidakselesaan yang terjadi pada buah dada anda sebelum haid. Apabila badan sudah menjadi biasa dengan kejadian hormon ini, kesakitan akibat ketegangan akan menjadi semakin berkurangan

6. Pendarahan implantasi dan senak pada ari-ari
Lebih kurang 8 hari selepas ovulasi, anda mungkin akan mengalami sedkit pendarahan dari faraj dan senak pada ari-ari akibat dari implantasi. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama semasa pada sekitar masa anda sepatutnya datang haid hari pertama

7. Rasa loya dan muntah
Sekiranya anda bernasib baik, morning sickness ini tidak akan menyerang, kecuali selepas beberapa minggu hamil. Tetapi segelintir wanita akan mula merasa mual dan rasa luar biasa pada lidah walaupun cuma selepas beberapa hari mengandng

8. Suhu asas badan tinggi berpanjangan
Sekiranya anda memang sedang membuat pemerhatian dengan mengambil suhu badan asas anda setiap pagi, anda akan mendapati paras susu badan secara konsisten melebihi paras asas sejak dari hari pertama ia naik

9. Missed period
Sekiranya haid anda teratur sebelumnya dan sekarang ia sudah lewat beberapa hari. Inilah masanya untuk anda menjalani ujian air kencing untuk kehamilan

Dan akhirnya..

10. Ujian air kencing yang positif
Sekiranya anda sudah beberapa hari ketinggalan haid dan terdapat 2 jaluran pada ujian air kencing, kemungkinan besar anda sudah mengandung. Jumpalah doktor untuk kepastian dan..



...Tahniah!
{Tag daripada senang hamil (page)}





Tuesday, July 2, 2013

Saya Sah Sebagai Isterimu






Pernikahan..
Indahnya saat ini...
Debaran yang dirasai sebelum ini terus lenyap di saat mengucup tangan suami.
Aku halal bagi mu dan Kau Halal bagi ku..
Bersyukur kepada para isteri di luar sana.inilah pintu syurga yang perlu kita kuak untuk masuk kedalamnya.
langkahlah dengan berhati-hati.Penuhi ruangannya dengan ikhlas dan kasih sayang.
Pasti seisi syurga akan menjemputmu nanti...
kerana ciri wanita syurga itu telah di terangkan oleh Rasullulah sendiri...

Sabda Rasullulah SAW, maksudnya; "Sebaik-baik wanita (isteri) ialah apabila engkau memandangnya menyenangkan hati, jika diperintah ditaat dan jika ditinggalkan di rumah ia menjaga maruah dan hartamu"-(riwayat An Nasaie)

Bertuahkan wanita seperti kita..
Kerana darjat wanita sangat tinggi dan mulia di sisi ALLAH.
Sehingga diberi kemudahan untuk masuk syurga
Iaitu hanya melakukan empat  pekara;



Mudahnya..
Begitulah Allah Memuliakan Kita. Rebutlah peluang ini wahai srikandi Allah.



"Wanita di ciptakan bukanlah dari kepala untuk dijadikan pemimpin,..
Bukan pula diciptakan dari tulang belakang untuk disandar..
Tapi...
Wanita diciptakan dari tulang rusuk untukdi dampingi..
kerana dekat dengan tangan untuk di lindungi dan hati untuk dicintai|".




Terima Kasih Suamiku..
Kerana Kini aku belajar menjadi isteri yang Baik..Ayu dan manja di hadapanmu tapi tegas dihadapan masyarakat..
Terima kasih suamiku...
kerana kini aku tenang untuk menghadap Tuhan ALLAH yang Maha Esa